Ahad, 15 April 2018

Tip pemilihan tudung mengikut kulit anda


Memilih Warna tudung yang bersesuaian dengan warna kulit adalah amat penting agar wajah nampak lebih menyerlah.

Kesalahan dalam memilih warna tudung boleh membuatkan anda nampak kusam, pucat atau menjadi lebih gelap daripada sebelum memakai tudung.

Mari kita kenalpasti apakah warna tudung yang sesuai buat kulit anda.


1. Kulit Putih Gebu
Orang yang mempunyai kulit putih dan cerah amat beruntung kerana boleh mengenakan kebanyakkan warna tanpa sebarang masalah.

Warna yang sesuai untuk orang berkulit cerah adalah warna-warna solid seperti hijau, merah, hitam dan biru. Namun harus dihindari warna-warna pastel yang terlalu lembut seperti baby blue, soft green atau kuning cair. Warna putih juga harus dielakkan kerana akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat.



 2. Kulit Kuning Langsat
Bagi anda yang mempunyai kulit kuning langsat sangat sesuai mengenakan tudung berwarna cerah seperti pink,biru dan kuning. Warna-warna ini akan membuatkan wajah anda lebih segar dan akan menyerlahkan kecantikkan wajah anda. Warna-warna yang harus dielakkan ialah coklat, oren, kelabu, hitam dan gold kerana akan membuatkan wajah anda nampak kusam

3. Sawo Matang
Untuk anda yang berkulit sawo matang, warna pastel dan warna gelap adalah pilihan yang baik. Memilih warna lavender dan maroon akan membuatkan muka anda lebih cerah dan cantik. Sila hindari warna-warna yang seakan warna kulit anda iaitu warna coklat dan juga warna yang terlalu terang seperti kuning.




4. Kulit Hitam Manis
Anda yang berkulit gelap selamat dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana akan mencerahkan kulit anda. Sila hindari warna-warna malap dan gelap seperti hitam, coklat dan oren gelap kerana akan membuatkan kulit anda menjadi semakin gelap.


Pemilihan warna yang tepat bukan sahaja dapat menyerlahkan kecantikkan anda tetapi dapat menaikkan mood anda sehari- harian.

fb: https://www.facebook.com/Bonda-Collections-1572072526389139/

Selasa, 10 April 2018

Khimar Bonda Rozita-Tip Agar penapilan Wanita Lebih Tepati Shariat

Khimar sejenis hijab yang paling menepati syariat.Potongannya longgar danpanjang serta mampu menutupi kepala, dad, lekuk pinggang dan punggung degan sempurna. Plaing penting, pemakai khimar boleh terus membawanya bersolat tanpa perlu memakai telekung.



Kalau dulu, khimar hadir dalam warna-warna suram seperti hitam dan biru tua, tetapi sekarang, pelbagai inovasi telah dilahirkan diantaranya seperti dua lapis mempunyai perincian di bahagian mka. Khimar dari fibrik bercetak juga menjadikan ia lebih menarik dan sesuai dipakai bersama jubah polos.




Tip-tip pilih khimar
  • Pilih fibrik yang tidak melekap atau mengikut bentuk telinga, dada dan tubuh.
  • Elakkan fabrik spandex atau lycra yang berat.
  • Walaupun panjang, tetapi tidak bermakna harus polos tanpa hiasan. Kini terdapat banyak pilihan yang ditatah dengan swarovaski atau batu jemeki.
  • Jika mengenakan khimar poolos, letakkan kerongsang yang cantik sebagai penariknya.

fb: https://www.facebook.com/Bonda-Collections-1572072526389139/

Ahad, 1 April 2018

KHIMAR


Khimar, atau dalam Al-Qur’an disebut dengan istilah Khumur, adalah kain yang menutupi kepala, leher dan menjulur hingga menutupi dada wanita dari belakang maupun dari depan (termasuk menutupi tulang selangka). Khimar harus menjulur lurus kebawah dari kepala hingga seluruh dada tertutupi.