Rabu, 9 Mei 2018

5 Tabiat Buruk Gadis Bertudung Tanpa Mereka Sendiri Sedari

Bonda Rozita Ibrahim
Agak susah juga nak jaga rambut bagi wanita yang bertudung kan? Nak kena keringkan rambut dulu, rambut akan berbuah dan bercabang kalau selalu sangat pakai tudung masa ramabut basah. Ada 5 tabiat buruk gadis bertudung suka buat yang rosakkan rambut tau. 
Gadis bertudung suka buat 5 tabiat buruk ni
1. Ikat rambut terlalu ketat
Ikat rambut terlalu ketat akan rosakkan akar rambut. Pilih getah rambut yang longgar agar rambut ada ruang untuk bernafas.

2. Rambut basah terus pakai tudung
Yang ini mungkin ramai yang lakukan. Bila rambut masih basah terus nak pakai tudung. Rambut yang basah dan lembab terus pakai tudung menyebabkan ia berbau masam dan kepam. Ini juga menyebabkan rambut naik kelemumur. Selalunya yang suka basuh rambut waktu pagi, tak sempat kering terus pakai tudung untuk pergi ke opis.

3. Tak nak sikat rambut
Memang la pakai tudung tapi tak semestinya korang tak perlu sikat rambut. Sikat rambut untuk elakkan hujung rambut bercabang dan berselirat.selain itu bagus juga untuk peredaran darah dikepala.

4. Tidur pun ikat rambut
Kesiannya rambut kalau masa tidur pun masih nak ikat! Elakkan masalah keguguran rambut dengan lepaskan sahaja rambut korang tu.

5. Tak nak tukar anak tudung
Ewwww, gelinya kalau anak tudung sampai seminggu tak tukar. Kalau boleh tukar lah setiap hari. Kalau boleh beli tudung mahal, tak kan lah tak boleh beli anak tudung kan ?


STOKIS SAH KHIMAR BONDA SELANGOR

Fb: Bonda Collections
Ig: norlitamj
Email: bondacollectionss@gmail.com
blog: bondacollectionss.blogspot.com



#bondacollections
#tudunglabuh
#khimarboublelayer



Tiada ulasan:

Catat Ulasan