Jumaat, 29 Jun 2018

Aurat Wanita Ketika Solat


MALAYSIA adalah negara majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya.  Masyarakat Melayu  beragama Islam mempunyai komposisi bilangan penduduk yang tinggi berbanding bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Sudah pasti segala perilaku, tindakan, pakaian dan pelbagai lagi tertakluk kepada hukum-hukum Islam yang begitu unik dan bersifat universal.


Dalam soal  pakaian sebagai contoh, kita lihat ramai masyarakat Islam khususnya remaja dan dewasa mahupun golongan sedang meningkat tua memakai pakaian yang berasaskan fesyen yang diminati.

Syarat sah solat ialah menutup aurat, bagi wanita aurat seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, 

Tutup aurat wanita

Bagi masyarakat Islam di Malaysia kebanyakan mereka memakai baju Melayu. Ini tidak menjadi kesalahan asalkan ia menutup aurat. Begitu juga jika seseorang itu memakai pakaian berbunga ketika solat maka ia diharuskan dan tidak menjadi kesalahan.

Dalam erti kata lain seseorang boleh menunaikan solat dengan memakai pakaian yang sangat cantik setiap kali hendak menghadap ALLAH dalam solat.

Janganlah kita hanya mengamalkan memakai pakaian yang cantik dan mahal ketika ke tempat kerja, kenduri dan hari raya sahaja tetapi ketika kita sedang menghadap ALLAH yang menciptakan kita dalam solat lima waktu sehari semalam, kita hanya memakai pakaian yang murah dan compang camping dan lusuh padahal kita mampu untuk menyediakan pakaian yg sempurna untuk solat. Janganlah kita mempunyai sifat bakhil dalam perkara yang berkaitan dengan solat.

Aurat seseorang Islam wajib dipelihara sama ada di dalam solat mahupun di luar solat. Aurat bagi seseorang wanita Islam yang ingin mengerjakan solat semestinya anggota badannya ditutupi dengan sesuatu yang tidak menampakkan warna kulit seperti kain yang tebal.

Sekiranya pakaian yang menutupi anggota badannya masih boleh menampakkan warna kulit dan pelbagai lagi seperti memakai telekung yang jarang serta nipis,  maka hukumnya tidak harus memakai telekung tersebut kerana hakikat penutupan yang sebenarnya tidak terlaksana dengan cara pakaian tersebut.

Maka telekung yang nipis itu perlu dia gantikan dengan kain telekung tebal yang mampu melindungi anggota badan dari ternampak.

Ini kerana salah satu syarat penutup aurat  ialah wajib menutup aurat dengan kain yang tebal atau kulit atau kertas yang boleh menyembunyikan warna kulit dan yang tidak menjelaskan sifatnya.

Menurut Iman Sfai'i -Aurat bagi seorang perempuan ialah tidak boleh menampakkan bahagian-bahagian tubuh yang diberi perhataian keculiali muka dan tapak tangan. bila auratnya terbuka maka batal solatnya.Bila auratnya terbuka oleh tiupan angin lalu ditutup tanaya banyak gerakkan maka tidak membatalkan solat. Tetapi bila auratnya terbuka kerana sebab lain umpamanya keran dilanggar binatang atau anak kecil yang belum mumayyiz sekalipun, maka solatnya batal. 

Jika kain nipis atau jarang boleh menampakkan apa yang di bawahnya atau membayangkan warna kulitnya seperti cerah atau kemerah-merahan, maka tidak sah solat dengannya kerana tidak mencapai tujuan menutup aurat.

Kesimpulannya, walaupun kain telekung yang diperbuat daripada kain tebal atau kain licin, kain telekung berwarna hitam putih dan berwarna-warni serta berbunga-bunga boleh digunakan untuk bersolat, elakkan sifat riak dan takabbur dengan kain telekung yang kita miliki kerana kadang-kadang dengan sifat riak dan takabbur yang kita miliki ini akan menjejaskan kualiti ibadah solat kita kepada ALLAH.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan